Sunday, January 3, 2016

Malam New Year

Mesti semua da rancang macam-macam kan malam new year nak buat apa. Esok nye cuti umum kan. Boleh rehat sepanjang hari di rumah or mesti ada yang dah planning nak pergi jenjalan ngan family.

Aku?

Semenjak dah ade suami ni, semua depend kat En Bie sebab die ni susah nak cuti.. huhu.. So bila dia cuti ni memang masa emas kami untuk bersama.

Akan tetapi kita hanya merancang kan. Aku boleh dapat pakej percutian murah pulak. Pada mula nya aku hanya pergi check up saja sebab leher aku bengkak macam orang kene beguk. Hampir sebulan begitu. Aku ni degil kedegaqqq. Dah 3 klinik suruh aku refer hospital. Tapi aku buat bodoh saje. Gigih lah aku ni sapu nila kat leher ni sampai nak pergi kerja pon biru biru. Sampai dah tak tahan sangat berdenyut nye baru la terhegeh-hegeh nak pergi cek hospital. Pergi lah aku menepek kat Hospital Selayang. Dari pagi kat situ. Darah.. Xray.. Semua dah amik. Normal. Pelik punya pasal terus refer pakar. Dekat pakar siap masuk camera lagi kat hidung. Pertama kali aku kene macam ini.. Huhu.. Menggigil jangan kata lah. Takut kot. Tak pernah kena. Mula-mula masuk tang camera yang besar sesuai untuk orang dewasa tu. Tapi sebab hidung aku ni special sikit. Senget, Jadi camera itu tak bole nak masuk. Perit jangan kata la. Aku dah nak terjerit-jerit dah kat situ. Terus la tukar guna camera untuk kanak-kanak. Yang halus sikit. Memang laju la masuk hidung nye. Hahaha. Dapat masuk . Cek cek. Nampak bengkak kat kelenjar air liur aku. Tapi tak bahaya lah. Sebab tak kacau organ lain. Dah tak boleh nak elak. Antibiotik jek ubat die. Kena lah masuk hospital. Takkan aku nak ulang alik hari-hari kan masukkan antibiotik 3 kali sehari. Hahaha.

Hari kedua masuk hospital. Dokter sedut cecair @ nanah yang bersarang dalam leher aku ni. Sakit jangan cakap lah. Sakit kene cucuk jarum kan. Selepas tu bru surut bengkak kat leher ni tapi still ada. 5 Hari aku berrumah tangga dengan En.Bie kat hospital tu. Sampai aku sendiri yang monta keluar hospital. Bosan wei. Duk situ semata nak masuk kan antibiotik jek. Lepas keluar dari hospital, aku still kena makan antibiotik. Kini aku dan ubat pisah tiada. Hahaha. Kita tggu check up next week camne pulak kan.

Eh. Dari nak cerita pasal malam new year, terus melalut ke pengalaman aku masuk hospital.. hahaha.. Tapi ini lah yang terjadi kat aku pada malam new year tu. Dengar saje la bunga api tung tang dari dalam wad aku tu. Hahaha.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...