Wednesday, February 12, 2014

BR1M 3.0 Akan Dikreditkan Terus ke Akaun Bank


Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini.

Perdana menteri, datuk seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata, pemohon yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak sempat mengemaskinikan maklumat perbankan akan menerima BR1M secara berperingkat bermula 3 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M 3.0 bagi pemohon baharu telah di tutup pada 31 Januari lalu.

Sementara itu, penerima sebelum ini hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota dan akaun bank.

Pada pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu, perdana menteri mengumumkan isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 layak menerima BR1M sebanyak RM650 manakala individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Kerajaan memperuntukan RM4.6 bilion bagi melaksanakan bantuan tersebut yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.





1 comment:

Yumida Huda said...

ramai yg senyum2 ni
x lama lg dpt br1m..beznye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...