Saturday, October 26, 2013

Inginkan Zuriat???

Makcik x : Berdua je Ahmad?? Bila nak bertiga ni?? Lama dah kamu ni berkahwin..
Ahmad : Belum rezeki makcik.


Stress kan U all kalau kita berada di situasi macam di atas. Aku yang belum berkahwin ni kadang-kadang dengar masalah kengkawan pon..Tetap merasa tekanan nya..Ya lah...Dah belum rezeki..Nak buat macam mana kan..Aku selalu cakap dengan kawan-kawan aku...Kalau ada yang tanya..Cakap je...

" Allah belum nak bagi tanggungjawab lagi"

Tapi walau macammana pun, kita tetap kena usaha kan. Mana kita tahu siapa yang bermasalah kan..semuanya kita kena usaha. Rajin-rajin lah buat checkup dengan doktor pakar dan tidak malu menyuarakan masalah dan kehendak kita sendiri.

Di sini aku kongsi kan sedikit maklumat untuk mereka yang sukar untuk mendapatkan zuriat ini. Hanya untuk membantu...

Ketidak suburan itu adalah sekurang-kurangnya setelah setahun mencuba untuk haml dan yang sering mengalami keguguran.

Untuk hamil:-

  1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya (ovulasi).
  2. Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus (rahim).
  3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
  4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat dalam rahim.
Masalah yang mengganggu dalam salah satu langkah yang dinyatakan di atas adalah di anggap penyebab ketidak suburan.

Kira-kira 1/3 kes ketidak suburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor-faktor yang dikenalpasti.

Antara penyebab Ketidaksuburan:-
  1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidak suburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
  2. Tanda-tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.
  3. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
  4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.
  5. Selain dari itu, umur,stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang di sebabkan hormon.
Tips-tips dan info untuk U all yang nak hamil:-
  1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid keranan angin boleh memudaratkan.
  2. Pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6 bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak rahim.
  3. Niat dan fokus untuk hamil, think positive, elakkan stress.
  4. Elakan makanan yang tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.
  5. Pengambilan supplement/vitamin kesuburan dapat membantu anda yang ingin cepat hamil.



ID 927734
Hubungi / SMS / Wassap / PM
Jaslina
017-2490438


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...