Tuesday, February 26, 2013

Pabila Cinta Memanggilku


Normal Price :
Semenanjung : RM19.00
Sabah/Sarawak : RM22.00

Price :
Semenanjung : RM17.00
Sabah/Sarawak : RM20.00
Free Postage Charges

Pabila Cinta Memanggilku
Penulis : Syamnuriezmil

Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, inu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

"Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ini dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak." - Yang Ayesha

Adam Harith seorang yng bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

"Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?" - Adam Harith

Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goel-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

 "Awak ni memang degillah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti..." - Amirul Irfan

Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapa yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...