Monday, February 25, 2013

Awas! Bila Hati Dah Sayang



Normal Price
Semenanjung : RM23.00
Sabah/Sarawak : RM26.00

Price :
Semenanjung : RM21.00
Sabah/Sarawak : RM24.00
Free Postage Charges

Awas! Bila Hati Dah Sayang
Penulis: Tinta Biru

Cinta hadir tanpa diundang. Sekilas mana pun kita cubamenolak namun perasaan itu tetap hadir dalan diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

"Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih jugak tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?" - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cinta nya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipon khairil sedikit pun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perassan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

"Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!" - Khairil

Perasaan cemburu dan syak wasangka sringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memilik semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?
           

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...