Tuesday, February 26, 2013

Kampung Girl


Normal Price :
Semenanjung : RM21.00
Sabah/Sarawak : RM24.00

Price :
Semenanjung : RM19.00
Sabah/Sarawak : RM22.00
Free Postage Charges

Kampung Girl
Penulis : Umi Kalsom

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung itu... mummy jangan paksa Ash!" - Ashraf Khairi

"Ain akan kahwin dengan abang Ash!" - Ainnur

Dan jawapan itu cukup membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?" - Ashraf Khairi

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa... kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan' diri Ashraf.

"Ash nak ajak dia beli cincin tunang." - Ashraf Kahiri

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnurdek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

"And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh..." - Ashraf Khairi

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya, Kesudahannya... Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukan dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...