Monday, February 25, 2013

Cik Bunga dan Encik Sombong

bilainginberbicara.blogspot.com

Normal Price
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00

Price :
Semenanjung : RM20.00
Sabah/Sarawak : RM23.00
Free Postage Charges

Cik Bunga dan Encik Sombong
Penulis: Airisz

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISKANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras itu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut diasebabnya gadis yang sepatutmya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap.

"Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami ister tidak boleh ada sebarang rahsia."

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepasaku, " Jangan mimpi nak jadi menantu saya!"

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhnya kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

2 comments:

alieavea said...

ko dah jual buku ker apa neh?

Chek Jasz said...

yupss...sila2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...