Tuesday, February 26, 2013

Aku Bercerita


Normal Price : RM25.00
Price : RM22.00
Postage Charges : RM6.00

Aku Bercerita
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya - mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mangitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

Ramlee Awang Murshid ada rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan...andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirnya kariernya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...