Wednesday, February 27, 2013

Novel Thriller No 1


DAPATKAN KOLEKSI PENULIS THRILLER NO 1
RAMLEE AWANG MURSHID
DENGAN HARGA YANG RENDAH




















Hijab Sang Pencinta


Normal Price : RM19.90
Price : RM17.80
Postage Charges : RM6.00

Hijab Sang Pencinta
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Rasa rindu terhadap keluarga mnggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tidak berkesudahan. Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Disitulah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mngiringi setiap injak kakinya masih mengekori. kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


Mikhail


Normal Price : RM19.90
Price : RM17.80
Postage Charges : RM6.00

Mikhail
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Mikhail - bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi perlarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki America Syarikat yang juga merupakan rakan niaga  ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghadapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi- fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

Ramlee Awang Murshid menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadiakan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan berkerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah niat kepada misi pembunuhan itu. Saspens da penuh emosi!

9 Nyawa


Normal Price : RM19.90
Price : RM17.80
Postage Charges : RM6.00

9 Nyawa
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Intan Suryani Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula...menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yang di ambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya...ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku. 

Hakim Si buta lagi yatim piatu ini menayara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa dahaja akan terusik melihat keinkhlasannya. Anugerah TUHAN...mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua...di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lenih awal?

Cinta Sufi


Normal Price : RM19.90
Price : RM17.80
Postage Charges : RM6.00

Cinta Sufi
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang. Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang di cari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam sinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengambaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

Tuesday, February 26, 2013

Rayyan Fantasi


Normal Price : RM19.90
Price : RM17.80
Postage Charges : RM6.00

Rayyan Fantasi
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Jesteru...dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang genbira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berdukacita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dikawasan tersebut. Sejak itu beberapa siri pebunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

Ramlee Awang Murshid berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan  genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastinya disekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Sutera Bidadari


Normal Price : RM22.00
Price : RM19.50
Postage Charges : RM6.00

Sutera Bidadari
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengwasan dan rawatan Hang Tuah. pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menysatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesakitan. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu masa dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.


Fiksyen 302


Normal Price : RM21.00
Price : RM18.50
Postage Charges : RM6.00

Fiksyen 302
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. lebih menakutkan...tragedi lampau berulang lagi. Lebih dasyat daripada apa yang dijangkakan.

Ramlee Awang Murshid dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah dihadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Sunan Musafir


Normal Price : RM22.00
Price : RM19.50
Postage Charges : RM6.00

Sunan Musafir
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaiman? Atau sekadar jelmaan.

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai kehujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, leboh banyak bermain dengan 'ruang dan waktu'. Lebih menitikberatkan 'cinta dan air mata'. Mengutamakan 'perjuangan dan kesabaran'. yakinlah...pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa. ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

Aku Bercerita


Normal Price : RM25.00
Price : RM22.00
Postage Charges : RM6.00

Aku Bercerita
Penulis : Ramlee Awang Murshid

Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya - mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mangitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

Ramlee Awang Murshid ada rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan...andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirnya kariernya...

Jualan Novel Online !!!


Penulis : Rehan Makhtar

Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih kita mungkinkah kan bersambung?

Price - 
Semenanjung     : RM26.00
Sabah/Sarawak : RM29.00



Penulis : Zura Asyfar

"Titik-titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaam bercambah menjadi sejuta rasa yang tidak mampu untuk aku ungkapkan"

Price - 
Semenanjung     : RM28.00
Sabah/Sarawak : RM31.00



Penulis : Aliesha Kirana

Aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila!

Price - 
Semenanjung     : RM16.00
Sabah/Sarawak : RM19.00




Penulis : Sara Aisha

Jodoh itu rahsia Ilahi, dan Dia mengatakan awak untuk saya, dan saya untuk awak

Price - 
Semenanjung     : RM24.00
Sabah/Sarawak : RM27.00



Penulis : Airisz

Untuk hidup berdua, haruslah setia...

Price - 
Semenanjung     : RM20.00
Sabah/Sarawak : RM23.00



Penulis : Tinta Biru

Sejauh mana kau berlari, aku akan mengejarmu... Sejauh mana kau berada, aku akan  disisimu.

Price - 
Semenanjung     : RM21.00
Sabah/Sarawak : RM24.00



Penulis : Umi Kalsom

Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu...

Price - 
Semenanjung     : RM19.00
Sabah/Sarawak : RM22.00



Penulis : Camellia

Mana saya punya cinta!

Price - 
Semenanjung     : RM17.00
Sabah/Sarawak : RM20.00




Penulis : Syamnuriezmil

Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu.

Price - 
Semenanjung     : RM17.00
Sabah/Sarawak : RM20.00



Penulis : Amisha Dania

Akanku padamkan tapak-tapak hitam yang mengekori langkahmu...

Price - 
Semenanjung     : RM17.00
Sabah/Sarawak : RM20.00

Sungguh Aku Mengerti


Normal Price :
Semenanjung : RM19.00
Sabah/Sarawak : RM22.00

Price :
Semenanjung : RM17.00
Sabah/Sarawak : RM20.00
Free Postage Charges

Sungguh Aku Mengerti
Penulis : Amisha Dania

Danisha Khalida - Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukan Danisha menerima cinta dari seorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?

Tengku Isma Danish -  Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali Danisha Khalida. Sikap Danisha yang dengan selambanya mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan kecil anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu dengan kekurangan ilmu agama dlam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.

"Kau diamlah. Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik encik Danish ni, betul tak encik Danish?" entah bila masa Danisha Khalida jadi begitu berani, Zakiah pun tidak tahu. Tetapi dia cukup selamba menembak encik Danish.

"ye...betul tu Nisha. Culiklah saya. Saya rela..." bergurau pula Tengku Isma Danish. Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Rajin pula melayan budak-budak berdua ini. Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisah Khalida ini, tapi hari ini... dia teruja betul dengan telatah mereka berdua.

Pabila Cinta Memanggilku


Normal Price :
Semenanjung : RM19.00
Sabah/Sarawak : RM22.00

Price :
Semenanjung : RM17.00
Sabah/Sarawak : RM20.00
Free Postage Charges

Pabila Cinta Memanggilku
Penulis : Syamnuriezmil

Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, inu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

"Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ini dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak." - Yang Ayesha

Adam Harith seorang yng bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

"Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?" - Adam Harith

Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goel-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

 "Awak ni memang degillah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti..." - Amirul Irfan

Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapa yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?


Erti Cinta


Normal Price :
Semenanjung : RM19.00
Sabah/Sarawak : RM22.00

Price :
Semenanjung : RM17.00
Sabah/Sarawak : RM20.00
Free Postage Charges

Erti Cinta
Penulis : Camellia

Anis Sarina hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.

Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan pemuda yang bernama Danny dan Joe membuatkan hidupnya tunggang langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.

"Dia handsome lah... cair hati aku."

"Handsome macam mana pun, bukan mate kau seorang aje yang nampak tau. berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah."

"Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama." Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lan... mana nak letak muka?

Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni," bebrl Joe lagi. Wajahnya makin garang.

Darah Anis menyirap. "Danny lelaki baiklah, kalau kau tak kenal, jangan lah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat."

Joe menggeleng. " Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat."

"Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bil;a senja ha? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?" Anis makin menyinga. Maria terlopong.

Joe mengangkat bahu." Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh." Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya demngan muka yang merah padam.

Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee... hatinya membentak.

Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan... Siapakah yang akan bahagia?

Kampung Girl


Normal Price :
Semenanjung : RM21.00
Sabah/Sarawak : RM24.00

Price :
Semenanjung : RM19.00
Sabah/Sarawak : RM22.00
Free Postage Charges

Kampung Girl
Penulis : Umi Kalsom

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung itu... mummy jangan paksa Ash!" - Ashraf Khairi

"Ain akan kahwin dengan abang Ash!" - Ainnur

Dan jawapan itu cukup membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?" - Ashraf Khairi

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa... kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan' diri Ashraf.

"Ash nak ajak dia beli cincin tunang." - Ashraf Kahiri

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnurdek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

"And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh..." - Ashraf Khairi

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya, Kesudahannya... Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukan dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Monday, February 25, 2013

Awas! Bila Hati Dah Sayang



Normal Price
Semenanjung : RM23.00
Sabah/Sarawak : RM26.00

Price :
Semenanjung : RM21.00
Sabah/Sarawak : RM24.00
Free Postage Charges

Awas! Bila Hati Dah Sayang
Penulis: Tinta Biru

Cinta hadir tanpa diundang. Sekilas mana pun kita cubamenolak namun perasaan itu tetap hadir dalan diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

"Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih jugak tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?" - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cinta nya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipon khairil sedikit pun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perassan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

"Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!" - Khairil

Perasaan cemburu dan syak wasangka sringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memilik semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?
           

Cik Bunga dan Encik Sombong

bilainginberbicara.blogspot.com

Normal Price
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00

Price :
Semenanjung : RM20.00
Sabah/Sarawak : RM23.00
Free Postage Charges

Cik Bunga dan Encik Sombong
Penulis: Airisz

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISKANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras itu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut diasebabnya gadis yang sepatutmya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap.

"Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami ister tidak boleh ada sebarang rahsia."

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepasaku, " Jangan mimpi nak jadi menantu saya!"

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhnya kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

Jodoh Itu Milik Kita

bilainginberbicara.blogspot.com

Normal Price
Semenanjung : RM26.00
Sabah/Sarawak : RM29.00

Price :
Semenanjung : RM24.00
Sabah/Sarawak : RM27.00
Free Postage Charges

Jodoh Itu Milik Kita
Penulis: Sara Aisya

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan sucu yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!" - Dahlia

"okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan ister baru yang saya beli. Shee's a gift. hadiah yang paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?" - Aariz Danial

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial!! Kebahagian yang bernama Dahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!" - Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia teru teguh berdiri membertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumisebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?

Love You Mr. Arrogant


Normal Price
Semenanjung : RM18.00
Sabah/Sarawak : RM21.00

Price :
Semenanjung : RM16.00
Sabah/Sarawak : RM19.00
Free Postage Charges

Love You Mr. Arrogant
Penulis: Aliesha Kirana

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

" Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." - Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotol pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh... tapi..." - Zaara Amirah

Adakah kebahagian akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti.

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


Normal Price
Semenanjung : RM30.00
Sabah/Sarawak : RM33.00

Price :
Semenanjung : RM28.00
Sabah/Sarawak : RM31.00
Free Postage Charges

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
Penulis: Zura Asyfar

Cinta Pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin denagn adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." - Firash Arshad

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." - Syafa Aqira

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda dengan kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah itu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je." - Syafa Aqira

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" - Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba serbi tidak kena. Bagi Firash, Syafa adalah anugerah terindah dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" - Syafa Aqira

"Betul ke tak ingin? Dulu okey aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" - Firash Arshad

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Terlerai Kasih

bilainginberbicara.blogspot.com

Normal Price
Semenanjung : RM28.00
Sabah/Sarawak : RM31.00

Price :
Semenanjung : RM26.00
Sabah/Sarawak : RM29.00
Free Postage Charges

Terlerai Kasih
Penulis : Rehan Makhtar

ILHAM FITRI...Sekali ku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekali kujanji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cinta mu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkankul, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas disebalik jasad ku yang semakin rebah - Nur Wafiah

"Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti." gurauku agar dia tidak rasa bersalah. - Wafiah

"Ala... biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje." - Ilham Fitri

NUR WAFIAH... Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telahmenyetuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. - Ilham Fitri

"Akaun dengan cinta, sama ke?" tanyaku dengan kelingan yang sedikit terjongket. - Wafiah

"Eh, mestilah. Sebab cinta ini adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!" ucapnya ceria. - Ilham Fitri

Benarkah cinta peulukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu adalah penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

Tuesday, February 19, 2013

Birthday Lunch ( ' , )

Hai allzz...

Lama dah tak buat entry baru... Bukan menyepi...Tapi bila bukak blog je...Idea melayang jauh...Hihi...

Ni pon aku kerah jugak otak aku ni nak menulihhh..Kalo tak memang kelaut la blog aku ini...Belek belek samsung aku ni memang banyak je gambar...Tapi banyak time tidak menutup aurat zaman dulu kala...Jadi taknak la kan...Aku kan da ayu skang....Mintak lempang gitu...hihi...

Okey2...Back to story...

Mase raya cina hari tu...Opcoz la aku balik kampung kan...Cuti lama...Gila tak balik...Maw ibu aku cari aku kat Umah Ku Cinta Ku ini...Akan tetapi aku balik KL awal sehari...Dengan alasan dot dot dot...Hahaha...Nak cerita tapi main dot dot dot plak kan...Layan kan je la u allzz...Tapi padan muke kat aku balik la...Taw bosan dok umah sesorang...Mula la me wassap'ing kengkawan...Naseb baik la ade Chek Wannur ngn Chek As yang tak balik kg atas sebab2 mereka...hihi...Menggedik la aku ajak kuar g OU...Saje jenjalan...Set teru ok...Memang aku siap2 zoop terus g Kota Damansara sebab nak park myvi aku kat umah wannur..Then g OU naik myvi wannur...Sangat pemalas ok nak drive..hihi...

Ni la yang nak dijadikan story morry morning glory ni...Apekah??? Wannur boleh terkejut tengo aku bertambah ayu dengan memakai tudung..Memang la BFF aku sorang ni takde sosial life...hahaha...

"Wannur!!!...Ko tak bace blog aku kan?."...hahaha~~~

Dia tanye je aku terus bagi setepek..."Ko sorang je tak hingat befday aku dla..."

Waa...ayat merajuk ok...hahaha...haakkkkk ttuuuii...

Terus...sesi pujuk memujuk berlaku padahal tak de pon...hahaha....Disebabkan wannur tak wish beyday aku..Jadi die blanjer lunch...hhahaha...."Winaa!!!...Rugi taw ko balik kg.."..hahaha



Ooo ye...Chek As pon ade..kami jumpe terus di OU..dan disebabkan Wannur nak support lunch aku...kena la die support lunch As skali..hahaha...Dan pilihan aku...Kenny Rogers ok...Sebab aku awal2 da tolak McD dan KFC...hahaha


BTW

Thank for d lunch BFF...Ko hingat ke..tak hingat ke...we r still BFF...





Sunday, February 10, 2013

Berita gembira ataw tidak???

Hi u all....

Tak taw la aku bnde ni berita gembira ataw tidak...

Yang pasti aku tak taw apa yang aku rasa!!!

Wednesday, February 6, 2013

New Jaslina!!

Hai u allzzz....
Gila lama kot aku tak post ape2 kat blog aku ni. Bizi tu tak de la u all. Tapi bila ade kelapangan tu. Idea tak nak mari. Ikut kan banyak je draft tu sebab aku upload dulu gambar2 yang ada. Nanti senang tulis je ape aku nak tulis. Tapi...haremmm....
Back to topic. Today is my befday u all. Sedikit teruja la u all. Sebab today aku tampil dengan penampilan yang baru.
Ini adalah salah satu azam tahun ni. Alhmdulillah. Tercapai jugak satu azam aku ni. Ni la penghijrahan yang aku pernah tulis dalam wishliat aku tu. Hihi
Aku berharap sangat penampilan aku ni, kekal hingga ke hujung nyawa bukan setia ke hujung nyawa. Itu lain hokei....
Banyak dugaan aku untuk aku buat penampilan baru ni taw. Ade je yang menghalang. Itu kite stori lain ye. Itu pon kalo aku ingat nak cerita. Hihi.
Btw
Happy birthday to me!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...