Tuesday, January 1, 2013

Encik Abang Romantik

Hari pertama dalam 2o13 ni aku tak kuar gi mane mane pon. Aku bangun kol 9 pg tadi terus pecut balik kampung. Waaa...bertuah kan anak dara tak mandi kuar rumah. Pang skali. Hahaha.
Sampai je kampung tengok atam tengah sembang dengan ibu. Join la skali. Bese la sembang adik beradik. Pastu as asual la kan. Kalo aku balik kampung memang aku la yang kene masak kan.. Anak mithali sangat taw.
Abih masak mmg aku terus capai novek aku bli miggu lpas. Tgk plastik pon tak bukak lg. Mula la aku membebel.
"ibu ni org beli novel taknak bace. Neh alang bace dlu"
Hahaha. Itu je sebenarnya. Aku pon terus masuk bilik bace novel. Putus urat perut aku gelak bace cerita ni. Klakar abih. Hahaha.
Kalo orang dengar la aku dok gelak sorang sorang macam orang gile. Memang diorang cakap aku mental. Hahaha
So aku sarankan u all bace novel ni. Tak nyesal hokeiii
*sipnosis*
Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tiak akan terima. Dia ada alasannya sendiri.
Tetapi...lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walaupun Widelia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan...
Iqbal juga sukakan Widelia, tetapi simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas... Gigit jari, baru padan muka!
Masalahnya sekarang... Widelia tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tetapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula... Entahlah.
Widelia... Apa sebenarnya yang kau mahu ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...