Friday, April 2, 2010

Tiada Lagi Cinta



" Pernahkah kau terfikir, suatu hari nanti persahabatan ini bisa bertukar menjadi hempedu duka?"

AINI

Hidup ini penuh keceriaan dan warna-warna indah. Kita tidak pernah mahu tahu apa itu kedukaan lantaran masa untuk kegembiraan mewarisi sebahagian besar daripada hidup kita tika itu. Kau bersama kenakalan dan kelincahanmu dan aku bersama kegilaan dan kedegilanku. Kita tahu wujud tika duka itu hanya saat kita dihukum kerana kegilaan dan kenakalan yang sama-sama kita pertontonkan. selebihnya, hanya hamparan bunga-bungaan yang mewangikan perjalanan hidup kita.
Namun kita tidak pernah menduga bahawa harinya akan tiba bilamana kita dipisahkan oleh pegangan prinsip kehadiran cinta yangmengocakkan ketenangan hidup kita bersama. Untaian kristal yang pernahkita karang bersama, putus dan berserakan entah dimana. Kau bersama cinta dan pegangan diri yang kian goyah sementara aku masih setia disini bertemankan janji dan prinsipku yang kau permainkan. Lalu kita kian terpisah oleh batasan waktu yang tidak berjalan seiring...

hmmm..jalan cerita yang menarik..tentang konflik remaja dari semua sudut...ini pendapat aku la u all tentang novel ni..tapi xpuas ati cket ending die...nak taw jugak cmne farah bleh je jepun n apa perasaan die yg sebenar pada asri...watak yang sangat menarik..pasangan fariza & shahril dan johan & kat..tersenyum2 sey bace part diorang( kadang2 pecah perut gelak..)..overall...puas hati..sebab ni kali ke2 bce novel ni..(aku memang suke bace galak2 kali...)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...